Begini cara menyimpan gaji bawah RM1650, setiap bulan.

Ramai dikalangan kita yang tak tahu cara yang betul untuk menguruskan wang. Dengan gaji basic RM1650, Mokmok berjaya menyimpan wang serta buat sikit pelaburan dalam i-ASB.

Kami harap dengan perkongsian tentang pengurusan wang daripada Mokmok ini dapat membantu anda memulakan simpanan sendiri. Mulakan saving dari sekarang. Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

Assalamualaikum. Aku nak cerita tentang pengurusan kewangan aku.

Aku kerja biasa-biasa saja. Gaji basic RM 1650. Tu pun baru naik bln lps. Ada degree, tapi gaji halus je. Huhuhu maklumlah cgpa x tinggi, dulu belajar main2, padanlah dgn muka. jadi, adik2, belajarlah sungguh2 dan yg paling penting kemahiran berkomunikasi.

Selain basic salary, adalah OT dan rewards. Campur2 semua lps tolak EPF n socso, lbh kurang 1800++.

aku bertuah sebab tak perlu keluarkan duit untuk menyewa rumah, sbb ada rumah peninggalan abah di kl. Tinggallah aku bersama2 mama dan abang. Masing2 keluarkan duit utk bayar bil2 dan barang dapur. Aku masih lagi bujang dan tak ada sebarang komitmen. Bulan2, aku menyimpan RM 1000.

Aku punya target tiap-tiap bulan, mesti simpan RM1000. Ikutlah kemampuan korang.

Aku kerja naik moto je, parking RM 1 je hari2. Lunch selalunya beli tepi jalan pagi2, dalam RM 3++. Kalau rajin bawa bekal. Dulu aku rajin, sekarang malas skit. Huhuhu minyak moto RM 5 utk 3-4 hari. Sekarang ni naik public transport lagi mahal dari motor. Aku pernah kira, dari rumah ke tmpt kerja aku, pergi n balik memerlukan RM 12. Gila mahal. Naik motor mmg kurang selamat, tapi ikthiar je la. Niat baik nak g kerja n baca doa minta dilindungi dari malapetaka.

Cara aku simpan duit.

Gaji – saving = belanja.
Dari belanja tu, tolak semua keperluan bulanan, cth bajet utk minyak RM 40/bulan, duit parking, bil, duit utk mama, top up, sedekah etc.
Lepas dah tolak semua tu, barulah duit digunakan utk enjoy. Selalunya, lps dah tolak semua kat atas tu, adalah baki dalam RM 300- 400. Tgk nasib, ada byk OT, byklah duit baki.

Menyimpan saja xbagus. Sepatutnya laburkan duit. jadi, dah setahun lebih aku menyimpan dan konfiden aku boleh displin, aku pilih utk buat pinjaman i-ASB. Aku target nak buat selama 3-5 tahun, pastu batal, dapat sikit duit, boleh buat modal nak beli rumah. Pinjaman yang aku buat cumalah Rm 100k. Aku buat dua sijil. Bahagi jadi RM 50k. jika ada masalah kewangan  masa depan, aku boleh batal satu sijil. bulan2 cuma RM 550.

jadi, aku masih ada baki RM 450. Aku pun decide nak amik Takaful. Amik yang padan dgn diri sendiri. Rm150 bulan2 pun dah cukup. Sediakan payung sblm hujan.
5.Selebihnya bolehlah simpan. Utk motor rosak ke, sakit demam ke, HP rosak, utk raya, g melancong/umrah etc.

**korang buatlah ikut kemampuan,gaji, dan komitmen. Mulakan saving skit2. Lama2 jadi bukit.

Cara Simpan Duit Bagi Orang Malas
Sebelum aku mulakan menulis, biar aku terangkan kenapa perlu simpan duit. Sebab dalam istilah pelaburan, orang yang menyimpan duit ini dianggap loser. Sebab tu kot ramai orang susah menyimpan duit walau hanya RM100.

Tujuan menyimpan mengikut pendapat aku sendiri adalah untuk :

1.Sebagai tabung kecemasan, kita tak boleh jangka apa yang berlaku kemudian hari.

2.Bayar kos perubatan korang walaupun korang dah amik medical kad. Kenapa kena bayar lagi? Cuba tanya agent korang, Medical kad korang tu Ko-takaful ataupun tidak.

3.Kos baiki kereta rosak atau nak hantar anak pergi klinik sebab demam etc. 4.Simpan sebab nak pergi Haji atau nak berjalan-jalan bawa keluarga. 5.Buat modal beli hartanah, beli kereta.

Macam-macam lagi sebenarnya, bergantung kepada keperluan individu.Ok, ini cara-cara aku menyimpan. Ini adalah cara yang memang mudah bagi orang yang malas gila nak menyimpan.

Tabung syiling ni aku amalkan sejak dari belajar dulu, cuma yela waktu belajar simpan-korek, simpan-korek.. Tapi atleast ada juga kau simpan kan, daripada takda. Yang penting semangat mesti ada. Sekarang bila dah mula kerja, memang dah simpan syiling ni. Balik kerja poket ada syiling mesti masuk tabung. Bila pergi kedai, mesti orang jaga cashier tanya..

“..dik ada 20sen tak…?”

Macam biasa jawapan aku…”Takdala bang..”

Padahal syiling aku semua dah masuk tabung, memang aku tak akan bawa syiling untuk bayar walau cuma 20sen kat kedai. Aku rasa syiling ni dah batch ke-20 kot aku tukar dengan kedai. Bila dah tukar tu, masukkan dalam Tabung Haji, topup simpanan. Rasa macam…lambatnya nak capai sejuta dalam Tabung Haji ni.. Muahahahah…

Ni salah satu amalan aku, balik kerja masukkan sekurang-kurangnya RM1 dalam tabung. Apa tujuan masukkan RM1 ni, sekadar suka-suka. Atleast aku dapat buat secara konsisten. Bukan banyak pun, sebulan dapatla RM20. Jadilah daripada takda. Sebenarnya sikap menyimpan ni bukanlah apa, cuma nak didik diri agar buat secara istiqamah. Macam mana nak simpan banyak kalau sikit pun tak boleh?

Note RM5 tu aku dah amalkan dari awal tahun, ini batch ke 2. Batch pertama aku dah simpan. Batch pertama takda banyak, dalam Rm500. Jenuh juga nak mengira sebab kertas hijau ni licin. Tapi puas hati dapat buat. Bila petang buka dompet, nampak kertas hijau, keluarkan je masuk tabung.

Amalkan.. Kalau tidak, hanyut..

Nak buat apa je perkara baik sebenarnya satu je, kena amalkan, konsisten… buat terus dan terus, jangan stop, faham?

Selain cara pegang cash kat atas, ada juga 2 cara lain yang guna duit juga, tapi tak nampak la duitnya, terus menerus simpan.

Buat potongan gaji korang masuk dalam ASB, Tabung Haji atau Unit Amanah. Cuma pilihan aku cuma dua je, Tabung Haji dan Unit Amanah.

Tabung Haji ni kena buat potongan gaji juga. Unit Amanah buat auto debit tolak dari akaun bank. Bukan banyak RM100/bulan je pun.

Sumber : Aslamber.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*