CUBA SEMAK, TANDA² REZEKI YG BERKAT.

  • Rezeki bererti apa jua yang bermanfaat yang Allah kurniakan kepada manusia, samada dalam bentuk material seperti wang, rumah, kereta, tanah, bangunan dan sebagainya. Ia boleh juga dalam bentuk bukan material seperti kesihatan, kecerdikan, kedamaian, ketenangan, memperolehi ilmu atau idea, sahabat, masa lapang dan seumpamanya.
  • Berkaitan dengan rezeki ini Allah SWT telah berfirman dalam surah-surah berikut:

Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mhati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? “(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: “Allah jualah yang menguasai segala-galanya! “Oleh itu, katakanlah: “(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?.{Petikaan dari surah Yunus (10:31)}

“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).” {Petikan dari surah Hud(11:6)}.

“Allah jualah yang mencipta kamu; kemudian Ia memberi rezeki kepada kamu; sesudah itu Ia memhatikan kamu; kemudian Ia menghidupkan kamu semula. Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Allah itu sesiapa yang dapat berbuat sesuatu pun dari segala yang tersebut? Maha Suci Allah dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan (denganNya)”.{Petikan dari surah Ar-Rum Kerajaan Rom}

  • Islam menggalakkan umatnya supaya mencari rezeki yang halal dengan hasil usaha sendiri kerana ia akan diberkati oleh Allah SWT. Sifat suka meminta-minta daripada orang lain adalah antara sifat yang dikeji oleh Islam. Oleh itu setiap orang Islam hendaklah menjauhi daripada sifat demikian. Itu adalah maksud dari huraian hadis daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi atau pun tidak”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
  • Manusia lazimnya akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan rezeki yang bersifat material sebanyak-banyaknya. Tapi tahukah kita apakah rezeki yang kita perolehi itu diberkati Allah SWT ataupun tidak?. Sebagai orang Islam adalah sangat penting untuk kita mengetahui samada rezeki yang kita perolehi itu diberkati Allah atau pun tidak. Apakah maksud berkat?. Berkat berasal dari perkataan Arab yang bermaksud kolam. Jika kita memasukkan tangan ke dalam kolam, kita pasti akan mendapati ia lebih dalam daripada apa yang kita mampu lihat. Begitulah pengertian barakah. Berkat dari segi maknanya ialah penambahan atau peningkatan.
  • Sebahagian tanda-tanda untuk kita mengenali rezeki yang diberkati Allah ialah:

5.1. Apabila kita terasa mudah untuk mengerjakan solat dan juga melakukan amal ibadat yang lain. Dari rezeki yang diperolehi itulah kita dapat mengerjakan haji atau umrah.

5.2. Kita akan sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita perolehi. Malah mungkin kadang-kadang kita rasa macam lebih dari mencukupi. Itu adalah orang yang memiliki sifat qana’ah. Sebaliknya ada orang yang telah memilki rezeki atau harta yang banyak tapi tidak pernah rasa puas mencari harta. Ini adalah tanda harta yang mereka perolehi tidak ada keberkatan disisi Allah. Contoh tiada keberkatan ialah apabila kita dapat wang, rasa sekejap sahaja wang telah habis. Tetapi jika wang yang diperolehi itu ada keberkatannya ia terasa lambat habis malah mungkin dapat pula disimpan.

5.3. Suasana atau keadaan dalam keluarga dilihat stabil atau bahagia. Permasalahan dalam keluarga kadang-kadang boleh berpunca dari sumber rezeki. Bila bercampur harta halal dan haram seperti rasuah maka wang yang ada sentiasa rasa tidak mencukupi.

5.4. Orang sekeliling kita suka mendekati kita atau senang dengan kehadiran kita. Perkara seperti ini boleh dilihat bila kita bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Kehadiran kita memberi manfaat kepada orang lain dan tidak menyusahkan mereka.

5.5. Anak-anak cemerlang dalam pelajaran mereka. Sebab itu pentingnya mencari rezeki yang halal lagi berkat sebab duit yang kita guna membeli makanan dan barang-barang untuk keperluan anak-anak sebenarnya ada kesannya.

5.6. Rumah kita kerap diziarahi tetamu. Kedatangan tetamu sebenarnya membawa rezeki dan keberkatan ke dalam rumah tangga kita.

5.7. Doa kita mudah dimakbulkan Allah. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud bahawa antara sebab doa yang tidak dimakbulkan Allah ialah kerana memakan dari rezeki yang haram.

  • Berusahalah untuk mencari rezeki yang halal di sisi Allah SWT agar kita memperolehi keberkatan darinya. Tidak ada guna sama sekali mencari rezeki atau kekayaan yang berasal dari sumber yang haram. Ini kerana kita akan dipertanggung jawabkan di hadapan Allah nanti di Padang Mahsyar di atas SEMUA harta dan kekayaan yang kita perolehi di dunia ini. Ingatlah bahawa ada tiga golongan manusia yang lama hitungan hisabnya di Padang Mahsyar nanti, iaitu:

6.1. Orang yang memiliki banyak harta kekayaan

6.2. Orang memiliki anak yang ramai

6.3. Orang yang memiliki ilmu yang banyak.